THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 12 January 2012

DR FADZILAH KAMSAH :)

Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta  boleh berputik pada bila bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan. Berbual denagn pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. Layan bakal pasangan denagn mesra seperti kawan lama walaupun baru kenal. Bentuk suasana  keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. Beri sayang untuk mendapatkan sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebaranng orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

0 ulasan: